Jumaat, 26 April 2024

Tambah pendapatan sebagai affiliate

Di kala ini ramai yang boleh mendapatkan hasil pendapatan melalui peluang perniagaan secara dalam talian. Jika anda mempunyai produk sama ada dalam bentuk fizikal mahupun perkhidmatan maya anda boleh jua berpeluang untuk menghasilkan pendapatan tambahan. Ada yang boleh menghasilkan pendapatan sehari puluhan ringgit, malah ada yang mendapat ratusan atau ribuan ringgit. Terpulang dengan keupayaan dan kebolehan anda mengelola sesuatu perniagaan. Semua itu memerlukan modal sama ada kecil mahupun besar. Di sini aku ingin mengupas tentang menambahkan pendapatan sebagai affiliate. Sebagai affiliate, anda tidak memerlukan sebarang modal atau menyimpan stok barangan. Tetapi anda perlu mempromosikan barangan tersebut ke dalam media sosial grup anda. Antara yang ramai bekerja sebagai affiliate paling popular seperti di ruangan tik tok, shopee ataupun lazada.  Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Kedua-dua syarikat tik tok dan shopee sedang berlumba-lumba untuk menarik perhatian ramai untuk menyertai bidang perniagaan dalam laman mereka.  Setiap komisen yang diberikan adalah berbeza dan kadar yang diberikan mengikut yang telah ditetapkan oleh penjual.

Kedua-duanya kaedah tersebut telah pun saya ceburi dan kedua-dua laman ini saya telah menikmati pendapatan yang saya dapati.  Untuk makluman semua, setiap affiliate di tik tok dikehendaki membuat video produk berkenaan atau membuat cara live.  Ketika video tersebut dihasilkan disertakan sekali link produk tersebut.   Sekiranya video tersebut lalu di tik tok orang lain dan ada yang berminat dengan produk itu mereka akan klik link tersebut.  Atau jika kita membuat secara live, kita boleh tunjukkan contoh produk tersebut dan cara ini lebih menyakinkan ramai orang.  Sebab itulah sesiapa yang membuat secara live lebih banyak hasil pendapatan yang diperoleh.

Walau pun begitu, tik tok amat ketat dengan peraturannya.  Affiliate tidak dibenarkan mengambil hasil karya orang lain.  Jika tik tok dapat mengesan larangan yang dilakukan, anda akan dikenakan satu mata pelanggaran dan jika masih lagi berlarutan akaun tik tok anda akan disekat.  

Sekarang tik tok membayar pendapatan setiap orang sekali dalam seminggu.  Wang tersebut terus masuk ke dalam akaun anda.  Seronok tak? Walaupun sedikit tapi amat mengembirakan hati...

Cuma dalam tik tok ini, jika anda hanya menghasilkan satu video sahaja mungkin video anda tidak akan dapat dilihat oleh orang lain.  Oleh yang demikian, untuk mendapat hasil yang banyak anda perlu menghasilkan video sekurang-kurangnya 5 video dalam satu hari.  Cara untuk membuat video yang cantik, ramai yang menggunakan di Capcut untuk menghasilkan video yang cantik dan menarik perhatian.

Di bawah ini, saya sertakan beberapa video yang saya hasilkan melalui capcut;